KELAS ICT- Membuat Minit Mesyuarat
24 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23/02/2024, Pihak NaDi Piasau Utara telah mengadakan kelas ICT membuat minit mesyarat bersama pelajar sekolah. Kelas ini diadakan pada 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Pada sesi awal kelas ini pihak NaDi memberi penjelasan asas tentang apa itu minit mesyuarat. Secara ringkas nya pengajar NaDi menerangkan tentang sejarah perkembangan penggunaan minit. Bagi pelajar yang aktif mengikuti kelab persatuan disekolah mereka dikehendaki membuat minit mesyuarat.
Oleh itu, Pihak pengajar NaDi membantu pelajar untuk menulis isi penting mesyuarat dari mula hingga akhir, semua keputusan yang dibuat dalam mesyuarat, cadangan dan sokongan juga undian yang dibuat, nama pencadang dan penyokong pembentang sesuatu isu. jumlah undi yang menyokong dan menentang. Tanggungjawab menulis minit mesyuarat begitu penting dilakukan kerana minit mesyuarat akan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Oleh itu, para pelajar ini perlu menguasai kemahiran bahasa yang baik supaya minit mesyuarat yang dinyatakan itu jelas, lengkap dan menepati tentang apa yang telah dimesyuaratkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: